CARA PORT-IN NOMBOR


Kekalkan nombor sedia ada (nombor lama)
Proses ini dipanggil PORT-IN

Dibawah ini adalah cara untuk mengekalkan nombor lama.
Sekiranya ini adalah kali pertama anda untuk membuat port in, saya galakkan anda menonton video ini terlebih dahulu supaya anda tidak melalukkan apa-apa kesilapan.


Pertama: Sekiranya anda ingin mengekalkan no lama samada maxis, celcom, digi atau apa sahaja telco, anda MESTI mendaftar nombor Tunetalk terlebih dahulu. Ikuti Llangkah 2 pendaftaran no Tunetalk seperti dibahagian Aktifkan Simkad

Kedua: Lakukan proses port ini.
Proses ini boleh dilakukan sekiranya anda sudah:

i. Menghabiskan dahulu kredit yang ada pada simkad lama itu. Tinggalkan baki dalam RM2.
ii. Anda sudah memindahkan no phone yang anda save di dalam simkad itu ke dalam handphone anda.

Caranya:
Login semula kedalam website ini
Masukkan
Dealer Code: (Huruf Besar)
TT01.HQ.028.0003.001
Password: (Huruf Kecil)
alam1234

Klik di "SERVICE"
Klik di "Mobile Number Port-In"
Dan isikan semua data yang dikehendaki,


Diruangan Mobile No: Masukkan no hp lama yang anda pakai, seperti no maxis, atau digi atau celcom. (JANGAN masukkan no TuneTalk anda di ruangan ini, nanti simkad anda tidak boleh digunakan)
New NRIC: Adalah nombor IC anda tanpa sengkang.
SIM: Adalah 8 nombor terakhir SIMKAD Tunetalk-ToneExcel anda
Email: Masukkan email anda.
Alternate Contact Number: Masukkan no yang lain, seperti no isteri/suami/anak/ etc
Address: Masukkan alamat anda.

Selepas selesai mengisi data-data kesemua baru klik SAVE yang saya tunjukkan di gambar rajah dibawah ini.
Setelah anda klik "save", klik di "Send Port In Request"

Contohnya jika anda menggunakan maxis prepaid, teruskan pakai maxis prepaid, biasanya dia mengambil masa 24 jam untuk aktifkan nombor baru. Jadi pakai maxis prepaid tersebut hingga anda mendapat pemberitahuan dari maxis yang perkhidmatan and telah ditamatkan. Selepas itu baru lah anda gunakan SIMKAD tunetalk tadi dan anda akan dapati SIMKAD tunetalk ini akan menggunakan no maxis tadi.

Selesai Pertukaran operater dari kompani lain ke Tunetalk.
Bila anda ingin top-up di kedai-kedai, sekarang anda perlu minta topup Tunetalk.

*Peringatan: Jika anda melakukan proses port in ini tetapi tidak berjaya selepas 48 jam, besar kemungkinan no IC yang anda daftarkan dahulu tidak sama dengan IC yang anda daftar di TuneTalk. Sudah pasti telco tersebut tidak akan membenarkan pertukaran no lama.

Port in nombor TuneTalk yang biasa kepada TuneTalk/ToneExcel.
Anda hanya perlu talipone nombor ini 03-79490000 dan beritahu mereka yang anda ingin menukar SIMKAD tunetalk biasa kepada TuneTalk-ToneExcel tetapi ingin mengekalkan no tunetalk yang lama itu.

Peringatan:
Ada juga yang beritahu saya selepas mereka membuat port in, mereka tidak dapat menerima TAC Number dari ebanking seperti Maybank2u, CIMB click dll. Untuk menyelesaikan perkara ini, saya cadangkan ada pergi ke ATM mechine, tukarkan no phone penerima TAC tersebut kepada no lain, keluarkan ATM kad anda dan masukkan semula ATM kad tersebut dan tukarkan lagi sekali no phone TAC tadi kepada no asal. Ini macam aktivity reset sahaja, dan dengan cara itu setakat ini saya sendiri boleh menerima TAC tersebut ke dalam no hp port in saya. Jika ada yang kurang faham sila hubungi saya 010 5232047 (Mazelan Abas).


No comments: